‘Sampai bila?’

project_1__saff_by_muslim_women

 

Assalamuaalaikum wth,

            ” Apabila pena menari, hati terdiri ” Kataku di malam ini. Aku suka menulis, kerana menulis menenangkan jiwa. Menulis menghaluskan jiwa dan menulis bisa mengeluarkan apa yang tersirat di dalam jiwa. Bagi aku penulisan sesuatu yang keluar dari hati. Bukan satu penipuan. Rasulullah SAW bersabda. “Apabila kata keluar dari hati, ia akan masuk ke dalam hati. Apabila kata keluar daripada lidah, maka ia akan hilang begitu sahaja.” Harapanku mahu menjadi penulis mapan untuk kebaikan ummah sejagat. Mata pena itukan lebih tajam dari mata pedang? ~ P.E.N.A~

            (Islamic finance industry need more scholars, maybe you will be one of future shariah scholars on Islamic finance (ada hanya seorang dua sahaja woman shariah scholars on Islamic finance di dunia ni)..seorang di UIA (Dr Engku Adawiyah) dan seorang lagi mungkin ada somewhere else) Terima kasih banyak-banyak atas sokongan itu, insyaALLAH..Aku akan cuba untuk berada di situ nanti. Bersemangat sungguh untuk aku menghabiskan tesis akhir ku ini, dulu aku masih ingat betapa aku tidak menyukai subjek ekonomi asas yang di ajar Cikgu Noami kerana aku tidak suka sesuatu yang berkaitan nombor. Aha..dan hari ini aku teruja dengan ilmu itu. Terpalit sedikit penyesalan dengan sikap ku yang lalu. Kini hari-hari yang kulalui ku pastikan akan di isi dengann istilah-istilah ekonomi  yang kadang kala buat aku menangis kerana tidak kufahami. Ku mohon agar mendapat rahmat dan kasih sayangNya dalam perjuangan menghabiskan tesis ini. ~Rangka bahas ku telah diterima oleh pensyarahku.Alhamdulillah.~ Masih ingat pertanyaan ku tempoh hari? Makna sukuk? Ku telah menemui jawapannya, Sukuk ialah bon Islam.  Fungsinya ialah untuk syarikat syarikat mendapatkan modal atau sumber dana dalam jumlah yang besar (ratusan juta atau ribuan juta) dengan cara mencari pelabur (investor) secara terus dan tidak perlu meminjam dari bank. Alhamdulillah, sungguh ‘dia’ banyak membantuku. Terima kasih.

              Insurans islam yang cukup masyhur di Malaysia dengan nama Takaful Islam  seharusnya membuka mata banyak pihak mengenai apa yang dibawakan oleh islam dalam kehidupan seharian seorang muslim.  Konsep tabarru’at atau menderma secara ikhlas ini adalah asas penting dalam konteks perniagaan takaful. Setiap peserta yang berniat untuk menyertai sistem ini mestilah hadir bersama niat ikhlas untuk menderma bagi membantu peserta lain sekiranya di timpa musibah. Sungguh ini bertepatan dengan ayat surah Al-Maidah yang bermaksud  “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”(ayat 2). Buktinya telah di ada didepan mata, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia telah menyatakan Malaysia telah membuktikan bahawa kewangan islam bukan sahaja menyumbang kepada kestabilan kewangan malahan turut menyumbang kemasukan pelbagai  sektor ekonomi kepada negara. Hal ini dinyatakan ketika Simposium Kewangan Islam Nikkei 2008 yang telah berlangsung di Tokyo. Satu lagi bukti yang menunjukkan keberkesanan ekonomi islam ialah sebuah syarikat insurans pertama di Britain telah dilancarkan. Syarikat Insurans Salaam yang menawarkan sistem insurans islam kepada 1.6 juta penduduk islam Britain. Kerajaan Britain pada tahun 2004 telah membenarkan sebuah bank yang berasaskan 100% syariat islam ditubuhkan di London. Lihat betapa negara yang bukan islam sendiri sudah mula memandang kepada apa yang di bawa oleh al-quran dan as-sunnah.

            Apa yang menjadi tanda tanya kini ialah mengapa umat islam masih mundur dari segi ekonomi?  Daripada 48 buah negara islam yang ada di dunia ini, hanya 5 buah sahaja yang disenaraikan sebagai negara berpendapatan tinggi. Di mana 43 buah negara islam lagi? Fenomena makan gaji seharusnya di kikis dalam kamus hidup umat islam. Seharusnya kita telah mula berfikir bagaimana mampu menjana ekonomi negara kita sendiri tanpa memerlukan golongan cina. Aku teringat ketika pulang ke Malaysia baru-baru ini, Aku telah ke sebuah premis kerajaan kerana urusan memperbaharui lesen kedai milik abah. Ketika melalui kawasan pendaftaran premis baru, semua yang mahu mendaftar untuk membuka premis/kedai baru ialah golongan anak muda cina yang mana rambut tercacak, seluar jeans koyak dan memakai pelbagai jenis rantai di leher. Apa yang terjadi? Di mana 65% umat islam yang mendiami Malaysia? Satu peristiwa yang turut menampar atau sebenarnya telah menoreh jiwa aku , perbualan bersama seorang peniaga di sebuah kedai.

Akak, saya tumpang tanya boleh?  Frozen food yang akak beli macam hot dog, burger, nugget ni akak beli daripada orang cina ke?’

‘Ada orang islam jual ke dik?’ selamba sahaja akak di kedai itu menjawab.

            Aku? Diam seribu bahasa tanpa sepatah kata. Benar atau tidak apa yang akak ini katakan? Sekiranya ada orang islam yang menjualnya, daripada mana mereka mendapat sumber tersebut? Sudah tentunya pembekal mereka tetap orang cina atau kata lainnya kafir. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita, Rasulullah sudah memberi kita peringatan bahawa 9/10 punca rezeki datangnya daripada berniaga.

            Sekadar berkongsi apa yang aku rasa pada ketika ini, sungguh kerana tesis akhir ku ini, aku telah membuka mata dengan fenomena dunia kini atau lebih tepat Malaysia, sampai bila kita akan bergantung kepada orang cina untuk menjana ekonomi negara kita?

P/s : Bercita-cita mahu membuka frozen food sendiri.Mungkinkah?

     

~ by zahirahzahid on November 15, 2008.

3 Responses to “‘Sampai bila?’”

  1. speechless…hehe
    buat orang yang buta niaga macam ana…hurmm, mmg tak terkata apa-apa la. tapi sebenarnya sangat kagum bila tengok entri yang panjang berjela ni. Ana sendiri pun belum mampu nak buat artikel medic sepanjang ini. Alf Mabruk ya ukht! [selamat menulis tesis yer~ :) ]

    Semoga enti diluaskan rezeki untuk jadi salah seorang pengusaha frozen food kat seremban. [kat area jalan pantai pun bagus gak tuh!! huhu~]…untuk orang yang malas2 masak cam ana ni..secara suka dan relanya mendaftarkan diri utk jadi pelanggang setia enti..boleh kan??? huhu

  2. molek tuu… kami pun sokong gak potential business yang islamik gitu n selamanya…

    insya allah.

    all d best!!

  3. salamo alykom, im searching for the artist who drew these cute n colorful hijaby girls, i really need to talk to him/her.

    jazzakom allah.

    Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.