~ Anakku ~

hamsterrex_468x362

Assalamualaikum wth,

            Kembali menulis selepas aku telah melalui hari-hari yang amat teruk dalam hidup aku. Oh, apa sahaja yang aku telah lakukan! Dalam diam, aku masih berharap sesuatu lagi. Bilakan bertemu agaknya? Tiada ada apa yang menarik untuk berkongsi. Kosong. ( mencari-cari dan terus menanti. )

            Masih ingat aku bercerita tentang ‘Boboi’, Tikus belanda Kak Iman yang pernah aku jaga dan mati depan mata aku. Hingga saat ini masih teringat Boboi. Kemudiannya ku berdepan dengan kematian ‘anak’ aku yang pertama, Brownie nama dia. Mati sebab sakit, ingat lagi pilihan yang doktor berikan pada aku, ‘ Awak nak saya matikan dia atau awak nak bawa balik dia dan tunggu sampai dia mati? ’ Dua kali berulang alik ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk Brownie, dalam hati aku dah bertekad, biar terpaksa berhabis sedikit duit aku tidak kisah asal Brownie sihat. Tapi, pilihanyang diberikan pada aku, kedua-duanya mati! Akhirnya, aku dalam pasrah minta doktor matikan sahaja Brownie, tak sanggup nak tengok dia tanggung sakit lagi dan aku minta doktor matikan dia selepas aku balik bukannya depan mata aku. Maka, berakhir kisah hidup Brownie. Kali kedua aku menghadapi kematian ‘anak’ yang aku sayang.

            Balik dari Malaysia 2 bulan lalu, aku ke kedai haiwan (kedai yang aku minta untuk jaga ‘anak-anak’ aku sepanjang aku berada di Malaysia) untuk melihat anak-anak aku. Kata penjaga kedai, awak telefon saya kalau awak nak ambil anak awak, sebab anak awak ada di rumah, saya tak letak anak awak di kedai ini. Aku mengangguk beerti faham, dalam perjalanan keluar dari kedai tersebut ternampak seekor hamster yang amat comel, kerinduan pada ‘anak-anak’ aku kembali menyerang lantas aku tanyakan pada tuan kedai boleh tak kalau aku nak bawa hamster ini balik sementara aku dapat balik ‘anak-anak’ aku. Kira pinjam dululah. Tuan kedai kata boleh. Suka sangat aku waktu tu, aku beri nama dia ‘Marshmellow’ dan nama timangan dia Mellow (Sherot panggil dia Bubu, tak glamer langsung nama..huhu~). Sayang pada dia, masa di Malaysia aku belajar mandikan hamster dekat kedai haiwan. Aku beli shampoo dan bekas hamster baru bawa balik Moroko. Semangat sangat nak mandikan ‘anak-anak’. Aku pun mandikan Mellow, mandikan Hamster kena pakai air suam (jangan sejuk sangat dan jangan panas sangat) sebab kalau tak nanti ‘anak’ kita akan dijangkiti selsema dan lagi satu sebab para-paru dia kecik takut nanti sakit. Kalau di Malaysia orang tak mandikan hamster sangat, jarang. Di Malaysia biasa orang guna pasir khas untuk mandikan hamster. Di Malaysia senang dapatkan keperluan hamster tapi di sini susah dan terlalu mahal. Contohnya, shampoo  yang aku belikan untuk anak aku hanya berharga RM 4.50 tapi di sini menjangkau DH 50. Hoho~ banyak perbezaannya kan?

            Nak dijadikan cerita suatu pagi, aku nak bagi Mellow makan, aku panggil-panggil dia tak keluar, aku bukak atap rumah dia, gerakkan dia. Tak bangun juga, aku dah cuak dah. Kenapa Mellow tak bangun, aku angkat dia dan akhirnya aku sekali lagi terpaksa terima hakikat aku dah kehilangan untuk kali ketiga. Aduh la~ sedih sangat dan aku tak cerita pada ahli rumah atau siapa pun. Lepas seminggu baru dapat nak beritahu ahli rumah. Aku rasa macam dah serik nak jaga hamster sebab aku susah nak terima kenytaan kalau mereka mati depan mata aku. Sekarang aku tidak ada ‘anak’ lagi. Bercadang mahu dapatkan seekor jenis yang tidak membesar. Pernah tanya di Aswak As-Salam, harganya lebih kurang DH60. Tengoklah macam mana nanti, walaupun rasa serik tapi aku suka untuk bermain dan bercakap-cakap dengan hamster ini. Tengok hamster ini memanjat, main roda, makan, tidur. Semuanya menghiburkan hati. Kalau tension belajar, aku akan ambil masa bermain dengan mereka dan hati aku akan jadi lapang pula. Melihat keletah mereka yang kadang-kadang mencuit hati. Aha~ sudah seperti anak betul pula yea, tapi ini hakikatnya. Mungkin kerana aku memang sayangkan binatang, kalau rumah aku ada halaman aku sudah membela arnab tapi rumah aku ini tidak berhalaman. (Brona, apa khabar agaknya?)

            Kehilangan ‘anak-anak’ aku ini cukup menyedihkan. Rasa tidak mahu berdepan dengan kehilangan lagi. Andai ini yang aku rasakan terhadap binatang peliharaan yang aku belai, aku jaga ini. Bagaimanakah kalau aku benar-benar kehilangan orang yang amat aku sayang? Sungguh manusia itu Allah kurniakan sekeping hati yang sukar untuk difahami. Diri sendiri juga adakalanya tidak mampu memahami sekeping hati murni ini. Selepas periksa akhir sem ini, mungkin hamster berharga DH60 akan ku beli. InsyaALLAH~

P/S : Di Malaysia tidak boleh bela hamster,

Adik lelakiku penggemar kucing, 11 ekor di rumah.

Menjadi santapan enak buat ‘anak-anak’ adikku

Kalau aku mahu membela hamster. Hehe~

           

~ by zahirahzahid on December 20, 2008.

2 Responses to “~ Anakku ~”

  1. alaaaaaaaaaaaaa…biarla nak panggil dia bubu~~kiut ape??dia pon maca suke je nama bubu..

  2. sy pun suke gak binatang nih…tp payah nk bela hamster, tak dek transport kalau cuti sem

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.