~ Aku adalah aku ~

Assalamualaikum wth,
Telah empat hari Januari meninggalkan kita dan Muharam telah menutup tirainya yang enam. Walaupun dikira sedikit terlewat tetapi tidak salah kiranya aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijri dan Miladi. Tiba-tiba rasa perlu untuk menulis untuk teratak ini, ada yang ingin aku isytiharkan pada kalian semua. Usiaku akan menjangkau 21 tahun pada tahun ini. Seharusnya, dalam segenap perkara aku telah mampu membawa kematangan seiring umurku. Oleh yang demikian, aku mahu kalian semua bersama-sama membantu aku dalam hijrah ku ini. Hijrah menuju kematangan!
‘ Chip, minta tolong sikit boleh? ‘
‘ Cuba tanya Chip, dia boleh rasanya temankan pergi pasar ’
‘ Terima kasih kak Chip, jaga diri baik-baik ’
Cuba lihat dialog ringkas di atas, apakah perkataan yang berulang ? Jawapannya ? Chip..Chip..Chip.. Asalnya nama ini bermula di Maahad Ahmadi, seorang kawan aku memberikan aku nama ini kerana aku seorang sahaja pelajar perempuan wakil dari kelasku yang menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Katanya, aku lebih kurang macam ketua gitu, jadi sesuai nama Chip. Sudahnya melekat sampai sekarang. Bukan tidak suka pada nama itu, aku suka dan sayang pada nama ini. Banyak kenangan bersama nama ini. Tapi setelah kufikirkan, aku harus berubah. Sekiranya aku memasuki alam pekerjaan, di mana nama Chip ini boleh di bawa bersama? Alam rumahtangga, di mana nama ini boleh di bawa ? Alam ‘ibunda’ (buat kata seorangs ahabat) , di mana boleh nama ini ku bawa? Adakah kalian nampak di mana nama ini boleh ku bawa? Tidak bukan? Maka aku mengambil keputusan biarlah nama ini menjadi kenangan dalam lipatan sejarah ku.
Dengan ini aku isytiharkan pada semua, aku bukan lagi Chip! Aku Nurzahirah binti Zahid, panggilan aku kini bukan lagi Chip atau kak Chip. Aku mahu dipanggil Zahirah, kak Zahirah, kak Za (sepertimana adik-adik RINDU panggil), Along Zahirah (gelaran di Maahad Ahmadi) . Senarai nama ini kukira lebih sesuai, sudah tentunya sesuai! Itu nama yang mak dan abah beri pada along. Ini antara hijrah yang ingin aku lakukan pada tahun ini. Moga kalian sahabat, teman, adik-adik, kakak, abang, serta semuanya memberi sokongan pada ku. ~ Terima kasih~
Seterusnya, aku mahu berkongsi dengan kalian, sedikit azam tahun baru aku ini. Adakalanya ianya perlu untuk dikhabarkan pada orang lain agar kita rasa lebih bersungguh untuk merealisasikan azam kita. Betul? Kata sahabat rumahku, banyaknya azam!! Setengah dari buku. Aha~ ku rasa azam terbanyak pernah ku tulis dan semuanya amat bermakna dalam aku melangkah ke alam dewasa. Aku mahu berubah! Meh nak senaraikan sikit azam buat tatapan kalian..hehe~
1. Aku mahu menjadi hambaNYA yang lebih mengenal erti syukur atas segala nikmat pemberianNYA yang tidak akan mampu untuk di hitung.
2. Aku mesti menghabiskan tesis ijazah aku dengan baik dan mendapat sepenuh manfaat daripada tesis akhir ku ini.
3. Aku mesti membuatkan ustazah Buthaina (musyrifah bahas akhir ) merasa bangga mengambil aku sebagai anah buahnya. Dia tidak akan merasa sia-sia mengambil aku.
4. Aku akan mendapatkan tempat untuk menyambung pengajian dalam bidang sarjana sama ada di Malaysia atau luar sebelum aku pulang ke Malaysia. (Sarjana Ekonomi Islam)
5. Aku akan memastikan penggunaan bahasa arab aku akan lebih baik dari sahabat bilik aku. ( I will fight you!! )
6. Aku mahu menjadikan diri aku ini berguna buat keluarga, agama, bangsa juga negara. ( Buka kedai frozen food islam dan francaiskan seluruh Malaysia. Itu akan datanglah..hehe..Angan2 + cita2 )
7. Yang terakhir ini, aku akan cuba untuk adakan ‘orang dalam’ dalam diri aku..huhu~ ( ini azam paling matang yang pernah aku buat..haha =D )
Sudah penat menaip. Perlu berhenti, sahabatku zuhor sudah memanggil aku. Perlu menunaikan kewajipan pada yang Maha Hak. Kalau kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. J
P/S: Selamat hari lahir buat
Siti Muti’ah binti Hassan. Moga
Allah kurniakan limpah dan rahmat
buat enti.

baik kak nurzahirah binti zahid!panggil nama penuh pun takde masalah kan??
azam tahun baru saya plak..xde orang panggil tok2 nye..my name is mohd ikram hakim bin mohd radzi.ok?ehehehe=P
matang3!
ye. saye sgt bersetuju dgn post anda kali ini =D nama dan kekuatannya~ your post inspiring me to write something about ‘name’. ermmm. kau telah menguatkan teori aku. ngeh3.. =P
ekramhakim : Aha~ ok, Saya akan panggil kamu Ikram..nama kita adalah nama terbaik yang mak dan ayah kita beri..thnx atas sokongan =)
Wardah : Seperti biasa, saya suka untuk mencetus sesuatu buat kamu, kongsi2 teori bersama saya nanti. (“,)
eee… geramnye dgn zahirah ni… dulu mase sem 1, saye panggil “zahirah”, awak nak sy pgl awak “chip”. lebih 2 bln gak saye try tukar panggilan tu. sekarang da selesa dgn “chip”, suh tukar zahirah balik.. waaa…. xnak2…
Zahirah,
Pernah tak akak panggil awak Chip? Hehe. Nyatakan masa dan tempatnya.
Erm,Kak Lilah tukar pada Kak Khalilah boleh tak? Huhu.
erk..garangnye..ade 2 tanda seru..
alamak macam susah je nk tukar…tapi nak wat camnekan kena cuba gak. aku panggail ko za ok x?:-? erm..anyway azam yang last sekali tu macam sama la ngan aku..hehe.. selamat berhijrah..
MuFakkiRah : Aha~ masa tu, zahirah xmatured lg, sekarang ni dah besar dan lebih nampak jelas masa depan..Jangan marah =) Support saya taw!!
20 mei 1987 : Baik, kak Khalilah, saya akan cuba.. terima kasih atas sokongan dari dulu sampai sekarang..
sahabat sebilik : Bukan garang, tapi nak nampakkan kesungguhan melawan kamu, =D
war-g-ya : yes u can..menarik2, Chip -> Za ..moga2 seiring kedewasaan Za ok..Aha~ Wish u best of luck n me too ..Ganbatte Ateh!!!
ehee~ Kak zahirah..??
erm..boleh sye cube nti! tp kene dtg cni dulu la k..huhu..
kak chip..kak zahirah..kak chip..kak zahirah..kak zahirah..kak zahirah..kak zahirah..
ahaa~ ok! boleh tukar da..
Aha~ InsyaALLAH ade rezki sampai sane, tp exam akak habis lambat, last paper 22/1/2009..macam sayebudakcomey je yg kena dtg sini =D , thnx atas sokongan, nanti datang sini boleh makan raib fawakeh