~ Air Mata Abah ~
Assalamualaikum wth,
Hari ini tidak rasa mahu menulis. Tetapi rasa ingin kongsi dengan kalian cerpen yang telah 2 tahun aku kira usianya. Cerpen pertama aku. Cerpen ini dimuatkan dalam antologi cerpen Jalan Jauh ke Ramallah terbitan Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Lama tidak menghasilkan tulisan genre cerpen ini, belum ketemu waktu yang sesuai. InsyaALLAH akan cuba untuk siapkan satu sebelum masuk semester baru nanti. Perlu azam yang kuat untuk siapkannya. Dalam proses mengumpul idea untuk penulisan yang sudah ada rangkanya, harus meneliti beberapa perkara agar cerpen ku ini tidak nampak klise. Aha~ Mampukah?
Air mata Abah
Redup mata abah menanti kami untuk bersarapan.abah tidak pernah marah mahupun meninggikan suaranya pada kami.cukuplah abah memberi peringatan pada kami,sudah cukup untuk kami geruni katanya.abah orang mudah tersenyum dan selalu berjenaka tapi bagi kami itu bukan alasan untuk kami tidak menghormatinya.kata abah senyuman abah bukan untuk anak-anak abah berlaku biadap,itu semua buat kami merasa hormat padanya.
Abah bukan orang senang.abah hanya seorang peniaga daging kecil-kecilan dipasar.pagi abah telah ke pasar,meninggalkan emak kepada kami.emak selalu kata kalau mahu hidup senang kemudian hari nanti belajarlah.mak selalu pesan belajarlah bersungguh untuk ubah nasib keluarga kita.kami selalu terdiam mendengar bicara emak.emak bukan seorang yang banyak bicara.pagi lagi emak bangun untuk membuat kuih untuk dijual dikantin sekolah.mak tidak pernah merungut tidak hidup dalam kemewahan.emak kami lihat sentiasa membantu abah.
Satu hari abah sakit,waktu itu kami kecil lagi.kata emak terkena buatan orang.abah tidak berjenaka lagi,abah tidak tersenyum lagi.abah selalu marah-marah.kami takut.pernah sekali kami dirotan abah kerana bising bermain di dalam rumah.kami menangis.emak pujuk dengan menyapu minyak di belakang badan.kami kata benci abah,mak kata jangan begitu,lembut mak berkata.abah sakit sebab itu abah marah.jangan benci abah,ALLAH marah orang yang tidak kasihkan emak dan abahnya.kami akur kata emak.
Kami menginjak dewasa.tapi,kami tidak pernah hidup mewah.abah dan emak tidak pernah beri kami erti hidup kemewahan.kami akur dan kami semakin mengerti mengapa.kami belajar bersungguh-sungguh kerana tidak mahu lihat emak menjual kuih,tidak mahu melihat abah mengangkat barang-barang berat untuk di jual.emak banyak membantu abah,pernah emak menjual sayur untuk menyara hidup kami.abah sakit tika itu.abah tidak boleh bekerja.abah sakit terkena buatan orang.orang sekeliling memarahi emak kerana mahu menyara abah yang tidak boleh bekerja.emak diam.abah dicemuh,emak bersabar.kata emak mereka tidak faham apa yang emak alami.kami marah dengan mereka.kami berjanji akan mengubah nasib mak dan abah.
Satu hari,along dapat tawaran belajar di luar Negara.mak dan abah gembira.tapi,along tidak mahu pergi,kata along banyak duit yang diperlukan untuk perbelanjaan ke luar Negara.abah marah.kata abah biar abah terpaksa mengemis abah akan buat asal abah dapat lihat anak-anak abah berjaya.akhirnya,along terbang jua meninggalkan mak dan abah.along belajar bersungguh-sungguh di luar Negara.along tidak akan melupakan kata adik yang abah bekerja sebagai jaga pada waktu malam di sebuah kondominium mewah.kata adik abah terpaksa memapah orang-orang mabuk di kondominium itu.along menangis.along janji akan belajar dan akan pulang dengan segulung ijazah.
Masih kami ingat.abah sakit sekali lagi,kata emak orang yang sama buat perkara tidak baik pada abah.kasihan abah,abah di kata gila.abah dimasukkan ke dalam hospital orang sakit jiwa.abah diikat dengan gari.kata doktor abah mengganas.abah harus di ikat kerana abah akan mencederakan orang lain.kami menangis.emak juga menangis.kata emak doakan abah selamat.seminggu abah di sana.setelah abah keluar,abah menangis ketika melihat kami di rumah.kata abah,abah tidak berniat nak menyusahkan kami semua.abah menangis.abah minta maaf pada emak,emak menangis dan menenangkan abah.kami bertekad untuk menunjukkan pada orang lain abah dan emak telah mendidik kami dengan sebaiknya biarpun hidup kami susah.ketika along mendapat tawaran belajar ke luar Negara.orang kata anak orang gila dapat pergi luar Negara,along sedih dan menangis.setelah along pergi angah mendapat tawaran asrama penuh.orang sekeliling senyap tanpa bicara.
Angah menerima pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia di sekolahnya.Angah dapat tawaran belajar di luar Negara dalam bidang perubatan.Angah menangis kerana dapat mencapai impian yang satu ini.kata Angah,dia mahu ubati abah,Angah tak mahu orang kata abah gila dan angah tak mahu kami digelar anak orang gila.Mak dan abah gembira dengan kejayaan angah.Kata angah doakan angah berjaya,bidang yang angah ambil ini agak sukar.aku tidak mengerti,apa yang aku mengerti tika itu,angah bakal menjadi seorang doktor.aku khabarkan pada mak yang aku ingin jadi seperti angah dan along.mahu belajar sampai ke luar Negara.mak ingatkan aku kalau mahu jadi seperti along dan angah kena rajin belajar.aku mengangguk tanda mengerti.
Along pulang ke tanah air selepas mendapat Masters(MA) dalam bidang syariah.angah juga pulang ke tanah air dengan segulung ijazah dalam bidang perubatan.abang Redha pula meneruskan perniagaan abah,abang Redha tidak mahu menyambung pelajaran katanya,dia yakin dapat meluaskan perniagaan abah.Emak setuju abang Redha meneruskan perniagaan abah sekiranya abang Redha mahu menyambung pelajarannya.abang Redha akur dengan kata-kata emak.Kini,abang Redha telah membuka beberapa cawangan perniagaan milik abah yang dinamakan Zahidha SDN BHD.Aku sendiri yang baru menginjak umur 16 tahun telah mendapat tawaran bekajar di asrama penuh di utara.aku tidak akan lupa janji aku pada mak untuk belajar di luar Negara seperti along dan angah.
Along sekarang bergelar peguam syariah di sebuah firma guaman terkemuka di kuala Lumpur.Angah pula menjadi doktor muda di hospital pakar.Abang Redha masih terus gigih mengusahakan perniagaan abah.Mak dan abah kini tidak lagi bekerja seperti dahulu.abang Redha masih lagi tinggal bersama dengan mak dan abah kerana mahu menjaga mak dan abah.along dan angah pula akan pulang ke kampung tiap hujug minggu.Aku sendiri akan pulang ke kampung yang terletak di selatan itu jika punya cuti hujung bulan.Kehidupan mak dan abah semakin senang kini.
Aku juga semakin gembira kerana tiada lagi orang memanggil abah orang gila dan tiada lagi orang yang memanggil kami sebagai anak orang gila.Along,angah dan abang Redha benar-benar menunaikan janji mereka untuk tidak melihat mak dan abah susah di hari tua mereka.Aku berbangga dengan kejayaan abang dan kedua orang kakakku.aku sendiri memasang cita-cita untuk barjaya seperti abang dan kakakku.
Along bakal berkahwin,mengikut pilihan mak dan abah.Kami sekeluarga gembira.Along pastinya lebih gembira.Majlis along dirancang dalam majlis yang sederhana.Kata bakal abang iparku tidak perlu untuk membazir cukuplah sekadar dapat menghidangkan orang ramai seadanya dan orang mengetahui perkahwinan mereka berdua.Mak dan abah mengikut sahaja keputusan along dan abang shah.Menjelang hari perkahwinan along dan abang shah serta kami sekeluarga semakin sibuk.Along sendiri nampak sedikit susut badannya memandangkan banyak kerja dipejabat yang harus diuruskan.Kasihan along.Oleh kerana terlalu penat,along demam dua minggu sebelum majlis perkahwinannya.
Majlis yang dinantikan telah tiba,hari bahagia along dan abang shah bakal disambut di sebuah dewan orang ramai di kampungku.Namun,peristiwa lama berdarah kembali.Abah sakit dan tidak mahu mewalikan along untuk bernikah.Aku dapat melihat along menangis dalam pakaian nikahnya.Puas mak memujuk abah tapi jawapan abah tetap sama.Abah tidak mahu keluar daripada biliknya,dia hanya berkurung di dalam bilik.akhirnya abang Redha mewalikan along.aku nampak kesedihan along.sebaik sahaja tamat majlis akad nikah.Abang shah memeluk along dan menenangkan along.Ramai orang bercakap mengenai majlis akad nikah tadi,Orang ramai memarahi abah.aku lihat along,angah dan abang Redha hanya berdiam diri,emak juga begitu.emak meningatkan kami supaya tidak marah kerana mereka tidak faham apa yang abah alami.Mak tanya along,along marah pada abah?along jawab tidak,’along faham keadaan abah,emak’.aku lihat emak memeluk along dan mengucapkan terima kasih.
Aku sendiri merasa bangga dengan along,aku juga merasa emak telah berjaya mendidik anak-anaknya sebaiknya.sewaktu emak mengucapkan terima kasih pada along,ramai along melihat mak dan along.mereka semua menangis,ucapan maaf berulang kali dilafazkan oleh mereka.memang benar kata emak kalau kita bersabar,pengakhirannya pasti adalah yang terbaik.hari ini,semua mereka yang mengatakan abah gila dan kami adalah anak-anak oran gila berdiam diri melihat kesabaran kami.abang shah sendiri telah berucap pada orang ramai pada hari ini.
”kita tidak pernah berada di tempat mereka ketika susahnya mereka,kita tidak pernah merasa seperti mana mereka rasa.saya pernah melihat isteri saya ini menangis sewaktu kami sama-sama belajar di luar Negara,saya tanya kenapa?jawabnya ujian Allah untuk saya dan keluarga agar punya kemanisan di kemudian hari.tidak sekali dia katakan pada saya abahnya sakit.saya tahu mak mertua saya pernah menjual sayur di tepi jalan untuk menyara isteri saya dan adik-adiknya.apa yang kita buat lakukan untuk mereka?adakah kita bantu mereka?adakah kita meringankan beban mereka?jawapannya tidak sama sekali,kita mencemuh,kita memandang jelik,kita tersenyum sinis,kita hancurkan hati mereka yang sedia sedih dengan kata-kata tidak beradab.kita katakan mereka duduk dengan orang gila.tepat sekali kelakuan kita,anak orang gila ini sudah bergelar peguam,anak orang gila ini sudah menjadi doktor,anak orang gila ini sudah menjadi ahli perniagaan dan anak orang gila ini salah seorang pelajar harapan sekolah berasrama penuh.ini semua berkat didikan orang gila tadi bukan?abang shah lantas menarik tangan emak dan menciumnya.Terus sahaja meluncur kata maaf buat emak.Emak tersenyum melihat abang shah dan berpesan jagalah along dan didiklah along sebaiknya.Aku melihat air jernih jatuh lagi daripada kelopak mata along dan orang lain juga.
Aku bersyukur kerana abang shah telah membela nasib kami pada hari ini.kami sekeluarga berpelukan sesama sendiri.aku melihat senyuman setiap ahli keluargaku,aku sendiri tersenyum melihat senyuman emak,biarpun abah tidak berada bersama kami namun aku dapat melihat abah dari kejauhan.abah melihat kami dari tingkap biliknya sambil air mata seorang ayah jatuh sekali lagi,jatuh bukan kerana kesedihan tetapi berasa bangga dengan anak-anaknya.
Erm, rasa mahu membuat kesenimambungan ‘Air Mata Abah’ tetapi masih perlukan idea juga. Moga mendapat manfaat dari pembacaan. Menulis adakala luahan hati manusia, tidak mampu diluah melalui perkataan lalu diluah kepada bentuk penulisan dan natijahnya jiwa menjadi lapang. Perjuangan tinta yang tidak ada noktahnya. ~Mengerti?~
P/S : Selamat Hari Lahir
Nurhafizah Anuar yang ke 22.
Moga diberkati olehNYA J

nampaknya seperti ‘aku’ itu sesuai dinamakan Izzah..nge.hee
Siapalah suami along itu..mahu saja aku ketemu dengannya…=D
Tahniah…cerpen yang menarik cuma rasanya babak konflik perlu di tambah lagi sebab pembaca yang satu ini amat suka berkonflik..oh.ho.ho..clap~clap~clap~ syabas!
salam…. untk cerpen air mata abah….
menarik… trase kesian pd along tu timbul lah…
besh …..
huhu…. smbung yer…
pas2 g tau….
jgn lupa nk g tau…
Salam..tak de mood lah nak update..baru lepas pekse.natijah lom kluar..risau je hati ni..huhu..
P/S : Tu lah.Aku pon nak jumpe sape lah suami Along tuh..len kali siapkan gambar sekali.baru tau suami Along tuh..bittaufiq.doakan kami gak.mb minggu depan natijah saya7rij.insyaAllah.
saya tak puas hati dengan penulis cerpen ini!!Air mata saya telah berjaya mengeluarkan dirinya dari kelopak mata ini selepas membaca cerpen ini buat pertama kali dulu.jahat!
ikhlas penulisan cerpen ini…. walau terungkap kata yang berselindung dihujung penulisan, saya rasa awak berjaya menyampaikannya. tahniah. mungkin… idea itu! masih belum berkembang sepenuhnya.