Biskut oh Biskut..

Assalamualaikum wth,

lama rasanya tidak menaip,hari terbuka pula pintu hati untuk menaip..hihi..Rasa nak cerita pengalaman ramadan kali ini.Buat yang pertamanya nak kongsi cerita buat kuih untuk ramadan ini.Sebenarnya saja ingin mencuba resipi untuk raya nanti jadi buatlah biskut raya dlam kuantiti yang sedikit.Resipi pertama…jeng..jeng..jeng..hehe……Biskut Cornflakes.Ambil resipi dalam internet, lalu barang pun di beli lantas operasi di mulakan,semangat sangat buat biskut ini, adik lelaki tunggal ku pun turut serta ‘menggodek’ sama di dapur.Wah!macam sedap kuih ni. almaklumlah buat waktu tengah hari, cukup menggoda iman dengan bau dan warnanya, ceeewahhh => Tidak mengambil masa yang begitu lama untuk membuat biskut ini kerana ku membuatnya dalam kuantiti yang sedikit. Apabila siap maka ku berehat-rehat sementara menunggu waktu berbuka (juadah berbuka telah pun disediakan oleh emak dan pembantunya). Apabila waktu berbuka telah tiba tentulah biskut itu antara terawal yang kusambar dan natijahnya biskut ku MASINNNNNNNNNNNNNN!!!!wawawa macam mana boleh jadi macam ini?puas ku berfikir,memang aku ada meletakkan sedikit garam di dalam bancuhan biskut tersebut tapi tidak banyak hanya secubit sahaja. Erm, aku terusan berfikir sehinggalah kakak saudara ku datang untuk menyelesaikan kekusutan yang melanda diri ku ini..hihi.. ‘Pakai planta atau butter?’ tanya akak saudaraku. ‘Saya pakai buttercup‘ aku menjawab dengan begitu yakinnya. ‘padanlah masin buttercup dah masin tambah garam bertambah masin lagi’ Kakak saudaraku menjawab dengan penuh keikhlasan. Aku ketika itu rasa macam nak menjerit pon ada juga, di Morocco memanglah buat kuih kena letak garam sikit sebab Ledda tu bukannya masin. Hish, apalah punya anak dara buat biskut raya yang senang pon boleh masin. Isk3 malu sangat!!! Untuk pengetahuan semua juga, teruk aku dikenakan keluiarga kerana mencipta sebuah resipi baru yang di beri nama ‘biskut masin Along” . Kurang kesedaran sivik betul mereka kerana mengenakan aku sedemikian rupa. =D

Walaupun telah mencipta sebuah resipi baru, aku tetap tidak berputus asa. Semalam 070908 aku sekali lagi membuat percubaan 2 jenis biskut lagi untuk syawal yang bakal menjelang. Semalam kuih “Tat Gulung Sheroot” dan “Cornflakes Madu” menjadi taruhan, ehe.. Mula-mula buat Cornflakes Madu dulu sebab resipi ini agak mudah dan pernah ada pengalaman buat sebelum ini. jadi, proses buat tidak sampai satu jam siap lah resipi cornflakes madu dalam kuantiti 150 biji(teruja nak rasa) ehe..Seterusnya, operasi membuat resipi “Tat Gulung Sheroot“, proses uli-menguli pun berlaku. Huh! cukup lama masa dimabil untuk menguli kerana masalah nak mengagak doh yang sesuai untuk resipi ini, kurang tepung lebih butter, kurang butter lebih tepung dan akhirnya terhasillah doh tat gulung walaupun tidak pasti betul atau tidak kelembutan dan kerapuhan tepung tersebut. Proses mengisi inti dan menggulung berjalan lancar tetapi proses membakar terdapat masalah kerana Aku menggunakan pembakar tradisioanal..hehe, kerana ketuhar ku dipinjam orang dan masih belum dipulangkan. Hurm, tat ku masak bawah tapi tidak masak atas kerana aku tidak pandai menjaga api ketuhar di atas dapur gas. Berkat kesabaran dan pertolongan pembantuku, akhirnya resipi ini dapat ku siapkan walaupun kuih tat tersebut sedikit ‘kegelapan’ di bawahnya tapi aku menjangka ianya masih boleh di makan.ehe.. Tiba waktu berbuka kedua-dua resipi ini ku sambar dahulu sebelum menjamah nasi. Alhamdulilah kedua-dua resipi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelangganku(ahli keluargalah. siapa lagi? hehe..) Ucapan jutaan terima kasih kepada penyumbang resipi, Cik Sheroot yang sedang bercuti di UK, harap-harap dapat buat kuih tat gulung kamu di sana yea.. =D ) Itulah antara pengalaman menarik ramadan ku pada tahun ini. Hari ini rasanya nak cuba buat biskut Sarang Semut. Tapi, tengoklah macam mana?

p/s : Selamat berbuka pada semua,

Ramadan Kareem!!

~ by zahirahzahid on September 8, 2008.

2 Responses to “Biskut oh Biskut..”

  1. chiep….
    ak dtg lawat…
    ak gne blogspot skrg… blogdrive tgh reno…
    neway ak amik link ko ek…

  2. Fyt,
    terima kesih sudi ambil link teratak aku k..
    aku pun dh tukar link blog kau kat list aku..

Leave a comment